Apakah Kelebihan Cendawan Untuk Kesihatan Anda?

Mencegah Kanser

Pengambilan cendawan boleh mencegah kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara kerana mengandungi Beta-Glucans dan Linoleic Acid yang melindungi sel-sel badan daripada kerosakan.

Melawan Obesiti

Pengambilan cendawan yang berkalori rendah tetapi dapat membekalkan tenaga sama seperti daging lembu boleh menjadi diet yang berkesan untuk mengurangkan tenaga dan pengambilan lemak.

Tingkatkan Imuniti

Cendawan mengandungi zat selenium dan ergothioneine yang membantu dalam melindungi sel-sel kita daripada rosak yang disebabkan oleh penyakit kronik, melancarkan perjalanan darah dan menurunkan tahap kolesterol.

Vitamin & Mineral

Cendawan adalah satu-satunya sumber makanan dari tumbuhan yang mengandungi vitamin D yang sangat penting untuk kesihatan gigidan tulang. Cendawan juga membekalkan protein, vitamin C dan iron.

Dapatkan Cendawan

Reliable Agriculture Sdn. Bhd.

Reliable Agriculture Sdn. Bhd. (921895-T) adalah anak syarikat Reliable Resources Sdn. Bhd. Ia ditubuhkan pada tahun 2010 bersama-sama dengan rakan teknikal dari He Nan, China. Pada hari ini, kami merupakan salah satu penanam dan pembekal cendawan tiram kelabu yang terbesar di Pahang, Malaysia. Dengan kajian cuaca dan sumber-sumber lain secara terperinci, kami berjaya membekalkan 6 tan cendawan tiram kelabu yang segar setiap bulan sekarang.

Cendawan tilam kelabu adalah salah satu makanan yang semula jadi dan berkhasiat dalam kategori sayur-sayuran. Kami menanam dan membekalkan cendawan tiram kelabu yang terbaik kepada pasaran tempatan. Demi memastikan produk kami adalah sentiasa segar, sihat dan selamat dimakan, ladang kami mengamalkan pengurusan Skim Akreditasi Ladang Malaysia (SALM) yang telah diiktirafkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia.

Produk

Kami telah berpengalaman dan terlibat sepenuhnya dalam perancangan, penanaman, jualan dan pemasaran cendawan. Syarikat kami menawarkan cendawan organik dan pelbagai jenis bahan yang berkualiti tinggi untuk membantu anda memulakan penanaman cendawan secara rumah atau komersial. Hasil cendawan kami adalah 20% lebih berat berbanding dengan pengusaha cendawan yang lain. Ini berjaya mendatangkan produktiviti yang lebih baik, pasaran yang lebih tinggi dan pulangan pelaburan yang lebih cepat. Para pelanggan kami kagum dengan produk kami yang lebih kenyal, manis, segar dan sedap rasanya.

Bahan-bahan mentah - Bijirin, dedak padi, tanah & habuk kayu

Media Penyimpanan & Beg Pembungkusan

Benih Cendawan

Pek Penanaman Cendawan

Cendawan Tilam Kelabu Premium

Mengenai Kami Dengan Lebih Lanjut